Tuesday, August 17, 2010

ops survey III: jalan2 cari baju sekolah


++ masa kejadian pada 7 august 2010 lepas.
++ lokasi kejadian mydin n kamdar masjid india.
++ ini post agak lewat :p


sudah dekat 7-8 tahun tinggal baju sekolah. skrg nak kena cari balik. mmg pening tengok. ukur baju kebanyakan kecil-kecil. baju kurang saiz atau aku terlebih saiz. entah. badan aku masih steady lagi. masih mcm 7-8 tahun lepas. jadi kalu baju saiz kecil tu boleh lah muat2 pakai. mber2 yg suda berisi aku tak tau nak cakap lah. pandai2 lah cari.




Tgh cari baju. perut sudah naik, saiz baju n seluar mmg mencabar utk dicari.


mengenai harga, kebetulan di mydin tgh buat clearance stock utk baju sekolah. kalau cari jenama 'canggih', kena keluar duit canggih sikit lah. yang murah-murah ni, mydin longgok. sehelai baju boleh dapat dalam rm5. seluar sekolah rendah (panjang) boleh dapat dlm rm9 tp ada getah 'jerot' di belakang. mmg klasik! seluar pendek boleh dapat dengan hanya rm1.90 tp kalu aku pakai dah mcm pakai boxer. seksi habis. harga seluar sekolah menengah masih mahal bagi aku, kalau tak silap rm20 ke atas. mcm2 jenis pakaian sekolah ada disini, pengawas, baju melayu sekolah dgn sampin, pengakap dan lain-lain lagi. di kamdar, harga baju agak berpatutan. kualiti pun ok. tp seluar agak mahal. baik beli di mydin.




Nah, yang ni saja yg sesuai. apa boleh buat.


banyak barang-barang sekolah boleh dapat disini. harga berpatutan. tp berhati-hati jika anda mahu beli beg sekolah. jgn tertipu dengan design kartun kesukaan anda. kadang2 ia agak memeritkan poket seluar anda. ada yg mencapai hampir rm100 satu beg sekolah. tp jika anda nak beli juga, lantak lah. myb lepas ni bole beri kepada adik2 anda. takpun sedekah dekat budak2 sekolah yang lebih memerlukan.



sebetulnya, baju-baju ni dibeli awal untuk persediaan promosi untuk malam pra graduasi nnt. untuk anda semua, selamat membeli!!

3 comments:

  1. nak tentative program.....makan style canner nanti...

    ReplyDelete
  2. kalau pakai style lain bole x?????? man xtahu nak pakai style skolah mana nie...almakluma la...dah tua2 baru nak skolah..haha.........

    ReplyDelete
  3. tentative sabaq sat noo

    style sekolah tak semestinya berbaju sekolah. pakaian sukan sekolah juga boleh. pakaian seragam sekolah. tukang kebun sekolah pun boleh kalau mahu. :)

    klu boleh limit sekolah kat malaysia lah. jgn dok pakai sekolah kat timur tengah, belgium, korea, zimbabwe. heehe

    ReplyDelete