(10 august 2010). Survey hotel adalah berdasarkan keputusan majoriti survey tempoh hari. hotel mendapat undi tertinggi. restoran mendapat undi kedua tertinggi. rumah sewa belakang UIA mendapat undi terendah dan telah kehilangan wang deposit (ceh, tempat dlm hutan ada hati nak masuk bertanding, keh keh keh) .
Lawatan mengejut telah dilakukan dibeberapa hotel disekitar lembah kelang. sms cadangan mengenai hotel di luar lembah kelang sama sekali tidak dilayan. jauh kot, payah nak pi tengok!
Antara hotel yang dilakukan lawatan termasuk vistana, equatorial, impiana, crystal crown, concorde, putera kl, gra seafood (nak tahu kat mna hotel ni boleh tanya mamat montecarlo), grand season dan macam-macam lagi lah. survey dilakukan utk mencari tempat yg bersesuain untuk acara yang bakal dianjurkan pada oktober nnt. yang pasti, apa yang dilakukan ini adalah untuk memberikan yang terbaik untuk program ini dan kita semua.
Ini adalah ballroom Impiana hotel.
Di kawasan lobi concorde. pic agak blur. tak pasti tangan sapa punya keja ni. rasa2 kamera
ditahap top condition pada waktu ni.
Restaurant juga turut disurvey. ini Bangsar seafood. restoran nelayan titiwangsa turut di survey. kedai mamak tak disurvey, hanya singgah lepak kena teh saja. harap maklum.
Ini ballroom vistana hotel. terletak di jalan pekeliling. untuk lebih lanjut, boleh tanya lebai goggle.
Ini food tester yg turut menyertai survey. tugas untuk memastikan makanan2 adalah di kondisi tersedap tekak dan perut merasa. kredebiliti food tester ini tidak dapat diragui lagi. untuk mendapatkan khidmat beliau, sila cari di FB. dia sangat baik hati. saya suka dia :)
Laluan ke ballroom di Grand season hotel di tingkat 1.
Ini bukan jamban hotel. ianya tak terdapat di hotel. tp bole dapat dekat blkg pagar hotel. tu pun kena pandai cari.
kerja-kerja survey hotel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. kerjasama berpasukan penting dalam menjayakan misi ini. update mengenai hotel yang dipilih akan di update sedikit masa nnt. selamat melobi!
No comments:
Post a Comment