Tuesday, October 12, 2010

tentatif program dinner pra graduat


untuk yang menunggu dan ternanti-nanti apa yang akan terjadi pada malam dinner nanti, nah!, ini untuk anda.

(klik untuk tumbesaran besar)

ini hanya secara kasar. yang 'halus-halusan' kita nantikan pada malam dinner nanti ya! :)

BTS booth

"nak join datang sini bawak duit sekali!" jerit mamat atas kerusi plastik.

butir kejadian berdasarkan gambar diatas; 9mlm lebih, foyer hostel, pada mlm jumaat ....ermm...tarikh lupa lah.

+terima kasih kepada yang sudi datang
+terima kasih kepada yang sudi menolong

Sunday, September 5, 2010

Selamat hari raya aidilfitri


kepada seluruh warga-warga unikl-bmi; student, lecturer, staff, librarian, technician lab, pakcik n makcik guard, pakcik cafe, dan kesemuanya.

selamat hari raya aidilfitri
selamat pulang ke kampung
selamat memandu
selamat bakar lemang
selamat ..........
selamat .......... (akan cuba diisi nnt) :)



---> dari team back to school s2/2010
owh, pesan sebelum balik raya. nnt shopping raya jgn boros sgt simpan sikit. nnt boleh buat bayar dinner. :)

Impiana hotel: pengesahan sijil halal




(klik untuk tumbesaran melampau)

Berikutan kedengaran berita tiupan angin kencang mengenai pengesahan sijil HALAL JAKIM mengenai venue yang bakal diadakan nanti, disini kami telah berjaya mendapatkan maklum balas dari pihak hotel mengenai status sebenar situasi tersebut.

berdasarkan maklum balas tersebut, pihak pengurusan menyatakan disini bahwa mereka dalam proses untuk mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Mereka juga menyatakan disini yang mereka beroperasi selama 5 tahun dan standard penyediaan makanan selama ini adalah menepati apa yang dikehendaki.

berikut adalah sijil HALAL dari impiana hotel food suppliers:


(klik satu-satu untuk tunbesaran lebih jelas)


Wednesday, September 1, 2010

sudah boleh mula sekarang!




kepada semua, butiran untuk malam pra graduasi s2/2010:

1) tarikh:
29 oktober 2010 (jumaat)
2) tempat:
Impiana KLCC hotel
3) bayaran: RM
90.00 seorang

++ bayaran boleh dilakukan
secara penuh atau ansuran.bayaran ansuran disini sudah ditukar kepada sebanyak 3 kali bayaran iaitu RM30 untuk tempahan tempat (booking table) dan bakinya boleh di bayar sebelum 20 oktober 2010. bayaran penuh amat-amat digalakkan.

++ bayaran boleh dilakukan sekarang kepada
wakil team 'back to school'. wakil - wakil tersebut:

syakir : 012-5179707
ezzuandi : 013-4315356
syazwani : 013-3914795
farah yatt : 012-5938793
asha fifi : 013-5842527
norhidayah abd rahman @ canoi: 017-3711076
++ untuk makulumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh melalui wakil-wakil yg diatas atau datang ke booth kami yang akan nnt selepas raya. :) . datang bawa kueh raya berkemungkinan boleh dapat diskaun.

++
semua dijemput hadir dan sama-sama memeriahkan majlis yang bakal dilangsungkan ini.



pakcik einstein pun join. lu org tak nak join ke?

Friday, August 20, 2010

siri promo dinner: sesi fotografi


Pada 10 ogos 2010, sesi fotografi telah dilakukan sebagai salah satu cara dalam mempromosikan "pre-graduation dinner 2010". memandangkan event yang bakal diadakan ni bertemakan "back to school", maka sesi fotografi pada hari itu telah dihadiri daripada pelajar-pelajar yang beruniform sekolah sebagai lambang kembali ke zaman persekolahan.


+ketua darjah 6 jujur diawasi oleh dua orang minah pengawas +

ketua darjah : "korang pi la awasi kat gate pintu masuk sek...amek nm bdk2 yg mai lmbt, lg bagus.."
minah pengawas-I &II : "rilekk lu... (^_^)"



+puteri islam & pandu "putera".nice!!+


"Mutu,Gaya, dan Keunggulan.."
(model bagi jam tangan)



+keadaan kelas 6 jujur sewaktu ketiadaan cikgu. abg kameraman-II (berjaket biru) turut join sekaki menghuru-harakan keadaan+


+2 murid nakal bersama anak murid kesayangan ustad+


+sungguh artistik sekali "murid-murid" sekarang. tak sia-sia belajar pen.seni.cool..!!+


+great teacher shukri (g.t.s) sempat bergambar mesra bersama "gangster" sekolah yang berjaya diberkas oleh abg pengakap+

g.t.s :
"kecik2 lg da nk jd gangster..siap la kau lps ni aku lanyak dgn rotan "perindu" aku ni"
abg pengakap : "xsia2 aku join pengakap, dpt jgk jd hero hari ni..HAHAHA!!"
"gangster" sekolah :"baju sebelah tak thight-in je pun..cheesee..~"



+abg kameraman-I sabar melayan karenah "murid-murid" sekolah+


Sesi fotografi beakhir pada jam 5.00 ptg dengan jayanya.terima kasih banyak-banyak kepada "murid-murid" sekolah yang telah melibatkan diri mereka dalam sesi tersebut.Tidak ketinggalan juga, kepada abg2 kameraman yang sabar melayan "murid-murid" kelas 6 jujur..terima kasih banyak2! mudah-mudahan ia akan lebih menarik dan bertambah sempoi lagi pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih ramai :)


Thursday, August 19, 2010

siri promo dinner: budak sekolah menyerang!





++ siri promo untuk malam dinner; sesi fotografi
dan sebaran flyers diatas.
++ gambar sekolah diatas adalah gambar sekolah rendah di Kedah.
++ venue di flyers di atas main letak saja. venue yang sebenar
adalah seperti dibawah:-


++ tolong jangan percaya ya. :)